"Ibu saya tak nak makan yang ni, saya nak makan ayam kfc!"
"Tak sedap la makanan ni ayah!"
Kata anak-anak kita. Fenomena ini sering berlaku di sekeliling kita. Kanak-kanak makin tidak tahu menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikecapi. Salah siapa?
Ibu bapa penting dalam mendidik peribadi kanak-kanak yang lebih ke arah positif. Kanak-kanak perlu diajar bersyukur dengan segala yang ada. Sebagai ibu bapa kita sememangnya mahu yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun tanpa kita sedari, kita telah lupa menerapkan nilai syukur dalam diri mereka.
Masih ramai yang kurang bernasib baik di dalam dunia ini. Mari kita hayati gambar-gambar di bawah.
Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik di dalam rumah dan persekitaran. Anak-anak akan meniru tingkahlaku Ibu bapa mereka.
Anak-anak yang masih kecil memang tidak mengerti apa itu makna syukur. Namun, sekiranya ibu bapa bijak menyerap nilai syukur dan menghargai semasa kecil, apabila dewasa mereka akan mula memahami apa yang disampaikan oleh ibu bapa mereka.
No comments:
Post a Comment