Tuesday 24 April 2012


PENGURUSAN PEMAKANAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



Seperti yang kita tahu pemakanan yang betul akan mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak. Gurulah yang berperanan menyemai tabiat pemakanan yang berkhasiat dalam kalangan kanak-kanak. Jumlah sukatan pemakanan harian kanak-kanak bergantung kepada jumlah masa kanak-kanak berada di sekolah. Garis panduan :
1)      Kanak-kanak berada 8 jam atau kurang masa diberi  sekurang-kurangnya 1  hidangan makanan dan 2 snek atau 2 hidangan makanan  dan 1 snek.
2)      Kanak-kanak berada 9 jam atau lebih masa diberi  sekurang-kurangnya 2  hidangan makanan dan 2 snek atau 1 hidangan makanan  dan 3 snek.
3)      Snek yang berkhasiat diberikan kepada kanak-kanak pada pertengahan waktu pagi dan petang.
           4)      Kanak-kanak diberi makanan pada waktu rehat tidak kurang dari tempoh 2 jam dan     tidak melebihi   3 jam kecuali kanak-kanak tersebut tidur.        

Cadangan penyediaan makanan

  • Ø  Borang menu
  • Ø  Senarai makanan yang patut ada
  • Ø  Fail resepi
  • Ø  Beberapa nota dan cadangan menu
  • Ø  Kalendar
  • Ø  Keperluan barangan runcit untuk jangka pendek 


Garis panduan penyediaan menu
o  Makanan dan snek berkhasiat hendaklah berasaskan Panduan Piramid Makanan dan penting memeriksa tahap pelesenan makanan dan memenuhi keperluan khasiat
o  Memilih makanan kegemaran kanak-kanak
o  Rancang menu yang boleh disediakan dan dihidang menggunakan perkakasan dapur yang sedia ada
o  Memastikan jumlah pekerja yang mencukupi bagi menyedia dan menghidang makanan
o  Menyediakan makanan yang boleh menarik  kepada kanak-kanak
o  Perkenalkan menu baru selain dari menu yang menjadi kebiasaan dan boleh diterima oleh kanak-kanak
o  Menyediakan pencuci mulut sebagai sebahagian dari hidangan makanan
o  Libatkan kanak-kanak dalam proses  merancang hidangan makanan dan snek (mengembangkan daya pemikiran dan proses pembelajaran kanak-kanak).

              

Maklumat Pemakanan kepada Ibu Bapa
  • Ø  Mempamerkan menu mingguan ditempat yang mudah dilihat oleh ibu bapa
  • Ø  Newsletter
  • Ø  Memaklumkan kepada ibu bapa
  • Ø  Penglibatan ibu bapa dalam proses perancangan menu
  • Ø  Pastikan semua ibu bapa memaklumkan kepada pihak guru sekiranya kanak-kanak mempunyai alahan kepada beberapa jenis makanan
  • Ø  Menyediakan menu makanan  kegemaran yang disediakan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa 

         Oleh itu, sebagai pengusaha tadika atau taska, mereka perlulah bijak dalam menyediakan makanan seimbang kepada kanak-kanak dengan mengikut kuantiti dan sukatan yang betul.


Allah berfirman di dalam al-Quran;
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

















No comments: